Semua anak Sarawak yang berusia 21 tahun dan keatas yang masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi disarankan untuk buat sedemikian secepat mungkin.
Penganjur Program, Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat atau R.O.S.E.-Rise of Social Efforts akan membuka kaunter pendaftaran pengundi baharu di Matang Mall, Matang bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 7 malam pada 1-2hb Febuari 2020.
“ROSE menyarankan semua rakyat Sarawak yang sudah berusia 21 tahun dan keatas untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi secepat yang mungkin untuk memastikan mereka berpeluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang” kata wakil ROSE
Jurucakap ROSE turut menambah bahawa polisi Undi 18 dan pendaftaran automatik belum dilaksanakan meskipun pindaan Perlembagaan Persekutuan telahpun dilakukan di Parlimen.
“Mengikut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, polisi pendaftaran sebagai pengundi secara automatik tersebut hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya pada Julai 2021. Begitu juga dengan menurunan umur layak mengundi daripada 21 ke 18 tahun.” tegasnya lagi.
Proses permohonan pendaftaran sebagai pengundi baharu mengambil masa selama 3 hingga 4 bulan untuk diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mendaftarkan diri secepat yang mungkin.
“Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 mungkin akan diadakan sama ada tahun ini atau tahun hadapan. Malah, Ketua Menteri boleh mengumumkan pembubaran DUN dan mengadakan pilihanraya negeri bila-bila masa sahaja” katanya
Tambahnya lagi, adalah sukar untuk Anak-anak Sarawak yang tidak mengundi atau mendaftarkan diri sebagai pengundi untuk menyuarakan hak mereka. Malah, ia akan menjadi suatu kerugian untuk mereka kalau tidak. Inilah cara dan langkah pertama yang kita boleh ambil untuk melibatkan diri dalam sistem demokrasi kita.
Akhir sekali, orang ramai berusia 21 tahun dan keatas disarankan untuk menghadirkan diri ke Ground Floor, Matang Mall pada 1 hingga 2 Februari dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi baharu.
Be the first to comment
Sign in with
Facebook Twitter