Kenyataan Media
Forum awam “Bersembang bersama ROSE”
Tajuk Siri No. 1: “Belia & Pekerjaan di Sarawak: Peluang ATAU Cabaran”
Kami berbangga untuk mengumumkan forum awam “Bersembang bersama ROSE” kami yang pertama akan berlangsung pada malam hari sabtu 16 Mac 2019 di Kuching. Selaras dengan misi kami yang juga salah satu keutamaan strategik kami untuk dua tahun yang akan datang iaitu mendidik masyarakat dan pengundi melaksanakan hak demokratik. Salah satu kaedah atau cara untuk melaksanakannya adalah dengan mengadakan forum awam berkenaan isu-isu semasa atau isu penting yang mempengaruhi rakyat atau segmen tertentu dalam komuniti kita.
Tujuan utama Forum sembang ini adalah untuk membolehkan wacana bebas dan terbuka berkenaan isu-isu yang mempengaruhi rakyat Sarawak; yang mana mungkin kekal dalam kerajaan atau pembuat dasar. Dengan mengadakan forum seperti ini, kami berharap acara sebegini boleh memberi manfaat dengan perkongsian maklumat, penglibatan antara semua pihak dan pihak berkepentingan, malah yang paling penting untuk mengukuhkan nilai-nilai kita sebagai Anak Sarawak yang bertujuan untuk membina masa depan Sarawak yang lebih baik.
Bagi forum pertama dalam siri dua bulan sekali ini, kami akan menyentuh isu senario pekerjaan di dalam negeri kita terutama terhadap belia dan anak muda sekalian. Topik Sembang kita pada hari ini ialah “Belia dan Pekerjaan di Sarawak: Peluang atau Cabaran”.
Kami berasa bangga dapat menjemput ahli-ahli panel yang berikut dalam forum kami yang pertama, YB Datuk Idris Buang, ADUN Muara Tuang, Ketua Penerangan PBB dan juga seorang peguambela dan Encik Andrew Lo, seorang ahli kesatuan sekerja & aktivis dan juga Setiausaha MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) Bahagian Sarawak. Ahli-ahli panel akan berkongsi dan berbincang berkenaan peluang dan kekurangan pekerjaan di Sarawak, cabaran & isu yang ditujukan kepada belia dan golongan yang sedang mencari pekerjaan, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak masing-masing serta pihak berkepentingan untuk menutupi jurang tersebut. Kami percaya kedua-dua ahli panel ini boleh memberi sumbangan kepada para hadirin wacana ini dan yang lain.
Kami menyeru golongan pelajar dan semua anak muda tanpa kira yang telah mempunyai pekerjaan atau tidak, serta orang ramai untuk menghadiri Forum sembang kami. Kami juga akan menjemput NGO tempatan yang lain dan ahli-ahlinya.
Forum ini akan berlangsung di Concourse Level, Summer Mall di Samarahan dari pukul 7.30 pm hingga 9.30 pm. Pada hari Sabtu16 Mac 2019.
Semua dijemput datang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ann di 016-8604998.
Tarikh 11 Mac 2019
Tamat
ADDRESS: 2nd Floor, Lot 311, Forever Building, Jalan Abell, 93100 Kuching
WEBSITE : www.sarawakrose.org |
EMAIL:[email protected]
Showing 1 reaction
Sign in with
Facebook Twitter