Mengadakan Pilihan Raya Negeri Yang Sama Rata, Adil dan Bebas dengan Pengundi Diberi Hak untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12, 2021: Memorandum kepada SPR oleh Pertubuhan Masyarakat Sivil Sarawak

 

[ENGLISH VERSION BELOW] KAMI, Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) yang bertandatangan di bawah amat bimbang mengenai SOP untuk pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang masih belum dikeluarkan. Darurat telah ditamatkan dan Dewan Undangan Negeri kita telah dibubarkan pada 3 November 2021. Walaupun tiga minggu sudah berlalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih senyap mengenai SOP ini.

 

Adalah menjadi tanggungjawab SPR bersama-sama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengurus dan menangani risiko yang datang dengan menjalankan pilihan raya, terutamanya pada masa pandemik ini. SPR dan KKM adalah sama-sama bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan kesihatan awam serta memastikan langkah dan prosedur ini difahami oleh semua pengundi dan pemegang taruh pilihan raya yang lain.

Di Sarawak, dianggarkan terdapat seramai 1,260,000 pengundi untuk dicapai, dan saluran komunikasi di daerah luar bandar merupakan satu cabaran yang sedia diketahui oleh semua. Justeru, SOP tersebut perlu
dikeluarkan dan disiarkan JAUH lebih awal berbanding pilihan raya negeri Melaka, yang hanya dikeluarkan pada Hari Penamaan Calon.

Kami menggesa SPR dan juga Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian yang mendalam kepada kebimbangan berikut dan menangani secara serius perkara ini dalam pilihan raya negeri.

 

1. LARANGAN YANG MENYELURUH UNTUK KEMPEN FIZIKAL

Larangan kepada hampir keseluruhan kempen fizikal seperti yang dikenakan dalam ‘SOP Pencegahan COVID19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya DUN Melaka ke-15’ kecuali risalah peti surat dan kempen melalui pembesar suara adalah tidak boleh diterima. Kekangan sedemikian, bersama kebimbangan keselamatan berkenaan COVID19, mesti disertakan dengan bentuk alternatif, iaitu masa penyiaran percuma untuk siaran parti politik melalui TV dan Radio milik kerajaan. Langkah-langkah ini mesti membolehkan parti politik berkomunikasi dan mendedahkan manifesto mereka, memperkenalkan calon mereka dan menghujah dasar mereka kepada pengundi mulai Hari Penamaan Calon. Ini merupakan penindasan kepada hak pengundi untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dengan mengetahui/mendengar daripada parti bertanding dan calon mereka jika perkara ini tidak dimasukkan ke dalam SOP.

Masa siaran kepada calon oleh saluran TV dan radio RTM semasa kempen di Melaka hanya bermula separuh jalan atas arahan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Walaupun boleh dipuji, namun ia sangat tidak memuaskan. Parti yang bertanding hanya dapat berkongsi maklumat dan mesej mereka dengan pengundi melalui poster dan biodata calon yang bertanding dalam pilihan raya Melaka serta rakaman audio mereka melalui stesen radio Melaka FM pada peringkat yang sangat lewat. Ini secara berkesan, menafikan hak pengundi untuk mendapatkan maklumat penuh pilihan raya.

Walaupun kami memahami dan menerima bahawa sekatan dan had tertentu perlu ditetapkan untuk kempen fizikal dalam norma baharu untuk memastikan semua orang selamat, kami TIDAK menerima bahawa SPR dan Kementerian Kesihatan mengenakan langkah yang tidak wajar dengan menafikan semua parti politik dan calon secara berkesan untuk bertemu dan menyapa dengan pengundi dengan cara yang selamat. Pada Abad ke-21 ini, adalah juga secara terang-terangan tidak adil bagi SPR dan Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan akses Kerajaan Negeri GPS kepada pengundi melalui saluran TV Sarawak mereka di Astro Awani manakala semua pihak lain dinafikan akses media ke udara. Kami ulangi, adalah mustahak bagi semua parti politik yang bertanding untuk menyampaikan manifesto, calon dan dasar mereka secara sama rata. SPR dan Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk memudahkan perkara ini dengan membenarkan semua parti yang bertanding mendapat akses yang sama rata kepada penyiaran dan media milik kerajaan.

Kami juga berpandangan bahawa protokol yang inovatif adalah perlu di Sarawak, kerana kesukaran dan keunikan kawasan pilihan raya kami - kebanyakannya luas dari segi geografi dan mempunyai kemudahan telekomunikasi yang sporadik dan tidak konsisten serta liputan internet yang tidak wujud.

Oleh itu, kami mengusulkan cadangan berikut semasa tempoh berkempen:

(i) Bahawa perhimpunan atau ceramah politik dibenarkan. Adalah penting bahawa SOP dikawal selia, dimana, semua peserta mesti mematuhi penjarakan sosial, sama ada duduk atau berdiri. Ini terpakai kepada kedua-dua persekitaran rumah panjang/ruai bandar dan luar bandar. Pelitup muka mesti dipakai oleh semua penceramah dan hadirin.

(ii) Bagi lawatan dari rumah ke rumah dan pemberian risalah secara bersemuka, bilangan pengikut kempen yang dibenarkan menjadi hendaklah dihadkan oleh SOP kepada tiga orang dan mereka tidak boleh memasuki rumah atau bilik mana-mana rumah panjang. Mereka mesti berkomunikasi di luar kediaman atau di Rumah Panjang Ruai dan berada sekurang-kurangnya satu meter dari orang yang mereka bercakap. Tidak perlu dikatakan, sudah
semestinya pelitup muka mesti dipakai oleh semua penceramah dan pendengar mereka.

(iii) SPR mempunyai kuasa dan boleh meminta syarikat penyiaran TV dan radio milik kerajaan (termasuk TVS milik kerajaan Sarawak) untuk menyediakan slot siaran yang ditetapkan di kedua-dua radio dan TV yang adil kepada semua parti yang bertanding termasuk parti bebas untuk siaran politikal. Masa yang diperuntukkan hendaklah berdasarkan formula yang adil dan saksama tetapi setiap siaran mestilah tidak kurang daripada 5 minit dan tidak lebih daripada 15 minit. Siaran ini mesti disiarkan melalui TV dan radio sekurang-kurangnya dua kali sehari pada waktu tontonan puncak. Sila lihat Lampiran untuk butiran lanjut cadangan.

(iv) Perbahasan antara calon Ketua Menteri atau pemimpin parti yang berpotensi perlu dianjurkan dan disiarkan di saluran televisyen dan radio negeri sekurang-kurangnya dua kali – sekali selepas Hari Penamaan calon dan satu lagi, dua hari sebelum Hari Mengundi.

(v) SPR dan Kerajaan Persekutuan perlu mengarahkan saluran media penyiaran swasta/bebas memainkan peranan yang lebih besar semasa pilihan raya ini dengan menganjurkan panel perbincangan untuk calon daripada semua parti di mana isu tempatan dibincangkan dan pandangan calon boleh disiarkan.

(vi) Syarikat telekomunikasi perlu diarahkan oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan untuk memainkan peranan yang lebih membina dengan memberikan nombor telefon bimbit yang berdaftar di Sarawak penggunaan data tanpa had semasa tempoh kempen pilihan raya bagi memudahkan perkongsian dan penerimaan siaran kempen oleh parti politik dan calon melalui platform dalam talian dan media sosial.

 

2. PENGUNDIAN TIDAK HADIR UNTUK PENGUNDI SARAWAK YANG MENETAP DI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH

Kami juga menuntut SPR memberi hak kepada pengundi Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung dan Sabah. SPR mempunyai tanggungjawab dalam perlembagaan untuk membuat pengaturan pengundian khas untuk anggaran 250,000 diaspora Anak Sarawak untuk mengundi ke arah masa depan negeri kita dengan:

(i) Membenarkan pengundian pos diperluaskan kepada kategori pengundi ini melalui warta menurut Peraturan 3 (1)(e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 ; ATAU

(ii) Pengundian Awal Khas; dengan prapendaftaran untuk tujuan kemasukan dalam daftar mengundi yang berasingan dan penubuhan sekurang-kurangnya SATU pusat pengundian khas di setiap negeri pada Hari Pengundian Awal untuk pengundi yang layak dan disahkan untuk masuk dan mengundi sendiri selepas itu peti/beg undi boleh dihantar semula ke kawasan pilihan raya Sarawak untuk disimpan dan dikira pada masa yang ditetapkan pada Hari Mengundi.

Jika pengundi yang tinggal dan bekerja di Singapura dan Brunei kini dibenarkan oleh SPR untuk mengundi melalui pengundian pos di pilihanraya Melaka dan Sarawak yang akan datang, maka pengundi yang tinggal di Semenanjung dan Sabah harus diberikan akses yang sama untuk mengundi dengan memperluaskan kaedah undi tidak hadir kepada mereka. Lagipun, Singapura dan Brunei jauh dari bahagian Sarawak seperti Semenanjung dan Sabah!!! Oleh itu, tidak membenarkan pengundi Sarawak di Semenanjung dan Sabah mengundi melalui pengundian tidak hadir adalah dengan sengaja melucutkan hak pengundi Sarawak. Tindakan ini menidakkan tugas SPR seperti dalam perlembagaan untuk memudahkan pengundian oleh semua yang layak mengundi dan menguruskan pilihan raya di Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa ramai rakyat Sarawak berhijrah sementara ke Semenanjung untuk mencari rezeki atau mendapatkan pendidikan kerana pembangunan yang tidak sama rata dan kekurangan peluang
pekerjaan di negeri asal kita. Oleh itu, mereka tidak seharusnya dihukum dan dipaksa membelanjakan sejumlah besar wang hasil titik peluh untuk tiket penerbangan semata-mata untuk terbang melintasi Laut China Selatan untuk mendapatkan hak mereka untuk mengundi. Semasa wabak ini, adalah lebih mustahak bagi SPR untuk melanjutkan pengaturan sedemikian untuk memberi hak pengundi Sarawak di Semenanjung dan Sabah dan untuk memastikan tahap keluar mengundi yang kredibiliti.

 

3. UNDI POS UNTUK WARGA SARAWAK DI LUAR NEGARA

Kami nyatakan dengan penuh kebimbangan bahawa walaupun notis pengundian pos dipanjangkan kepada rakyat Sarawak di luar negara telah diterbitkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 8 November, SPR hanya mengumumkan dan menyiarkan maklumat ini di media seminggu kemudian pada 16 November. Namun begitu, tempoh permohonan UNDI POS bagi kategori ini akan ditutup pada 24 November 2021!!

SPR juga tidak menonjolkan fakta bahawa pengundi yang menetap di negara jiran Singapura dan Brunei kini dibenarkan mengundi melalui pos.

Adakah kelewatan dan penyampaian maklumat separa ini adalah satu kesilapan yang sengaja dilepas pandang oleh SPR atau adakah ianya direka untuk disengajakan?

Justeru, kami menuntut SPR memanjangkan masa permohonan dalam talian untuk menjadikan pengundi pos bagi kategori pengundi Sarawak ini kepada TIGA (3) HARI sebelum Hari Penamaan calon. Memandangkan ini adalah proses permohonan dalam talian, tidak sukar bagi SPR untuk mengusahakan lanjutan ini bagi membolehkan semua pengundi Sarawak yang layak untuk mendaftar. Perkara lain tidak boleh diterima oleh kami.

Kami berharap kebimbangan dan cadangan yang dibangkitkan dalam Memorandum ini akan dipertimbangkan oleh pihak anda dalam semangat untuk menjadikan acara yang sangat penting ini di negeri
kami sebagai pilihan raya yang selamat dan inklusif untuk semua rakyat Sarawak di mana sahaja mereka berada. Sila hubungi kami untuk dialog lanjut mengenai perkara di atas.

 

Bertarikh pada 24 November 2021

Memorandum ini disokong dan disahkan oleh organisasi berikut:

1. BERSIH SARAWAK2. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
3. UNDI SARAWAK
4. Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS)
5. SAVE RIVERS
6. Keep Green Movement (KGM) - People Associate Development Education Penan Sarawak (PADE)
7. Lawyer Kamek for Change (LK4C)
8. Purplelily Sosial Association Kuching (PURPLELILY)
9. Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS)
10. Dayak Think Tank Association Sarawak (DTTAS)
11. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial (PEMANGKIN)
12. SADIA Rimbas
13. SADIA Rajang
14. Sarawak Association for People's Aspiration (SAPA)
15. IKRAM Sarawak
16. ABIM Sarawak
17. Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

 

Lampiran Perkara 1(iii) di atas

Formula yang kami cadangkan ialah:

a) Peruntukan masa siaran untuk parti politik dan calon bebas adalah berdasarkan bilangan calon yang diletakkan, katakan 11 saat bagi setiap calon. Oleh itu, jumlah masa yang diperuntukkan untuk Parti yang meletakkan calon di semua 82 kerusi ialah 15 minit dan seterusnya.

b) Kebebasan bersuara untuk berkongsi dan memberi tumpuan kepada calon dan manifesto, dasar dan pendirian parti masing-masing mengenai isu-isu semasa yang melibatkan rakyat dan negara dengan persefahaman untuk mengelakkan kempen fitnah dan negatif.

c) Susunan adalah mengikut parti yang meletakkan calon paling ramai akan menjadi paling terakhir disiarkan, manakala untuk yang paling sedikit akan didahulukan. Jika terdapat jumlah yang sama, undian akan dibuat untuk menentukan aturan.

d) Perbahasan atau dialog antara semua calon Ketua Menteri yang berpotensi- hanya parti atau gabungan yang bertanding lebih 41 kerusi sahaja layak. ATAU jumlah masa siaran yang difikirkan sesuai untuk semua pemimpin parti politik masing-masing merumuskan aspirasi dan rancangan mereka untuk Sarawak untuk kepentingan pengundi dan orang ramai.

 

English version

Holding Equal, Fair and Free State Elections with Enfranchised Voters for the 12th Sarawak State Election, 2021.

WE, the undersigned Civil Society Organisations (CSOs) are very concerned that the SOPs for the upcoming Sarawak state elections has not yet been released. The Emergency was lifted and our Dewan Undangan Negeri dissolved on the 3rd of November 2021. It has been three weeks now and the Election Commission (EC) has been silent about these SOPs.
It is the EC’s responsibility together with the Ministry of Health (MOH) to manage and handle the risks that come with conducting elections, especially during these pandemic times. The EC and MOH are equally responsible for putting in place public health safety measures and for ensuring that these measures and procedures are understood by all voters and other election stakeholders.

In Sarawak, there are an estimated 1,260,000 voters to reach and the channels of communication in rural districts are a known challenge. As such, the SOPs need to be issued and broadcasted MUCH earlier than in the Melaka state election when it was only released on Nomination Day.

We call upon the EC as well as the Federal Government to give thoughtful attention to our following concerns and to seriously address these matters for the state election.

 

1. TOTAL BAN ON PHYSICAL CAMPAIGNING

The almost total ban on physical campaigning as imposed in ‘SOP Pencegahan Covid19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya DUN Melaka Ke-15’ save for letter-box leafleting and roving loudspeaker is unacceptable. Such constraints, in view COVID 19 safety concerns, must be accompanied by alternative forms of free broadcasting time for party political broadcasts via state-owned TV and Radio. These measures must allow political parties to communicate and transmit their manifestos, introduce their candidates and their policy arguments to the voters from Nomination Day. It is a suppression of the voters’ right to make an informed decision by knowing/hearing from the contesting parties and their candidates if the SOP does not include this.

It was only half-way through the Melaka campaign period that at the behest of the Ministry of Communications and Multimedia, airtime was given to candidates by RTM TV and radio channels. While commendable, it was very unsatisfactory. Contesting parties were only able to share their information and messages with voters via posters and biodata of candidates contesting in the Melaka polls as well as their audio recordings via the Melaka FM radio station at a very late stage. Effectively, this meant that voters were denied their right to full electoral information.

While we understand and accept that certain restrictions and limits need to be in place for physical campaigning in the new norm to keep everyone safe, we DO NOT accept that the SPR and the Ministry of Health impose inappropriate measures that effectively deny all political parties and candidates to meet and greet voters in a safe manner. In this 21st Century, it is also blatantly unfair for the EC and the Federal Government to allow the caretaker GPS State Government access to voters via their TV Sarawak
channel on Astro Awani while all other parties are denied on-air media access. We repeat, it is imperative for all contesting political parties to communicate their manifestos, candidates and their policies on a level playing field basis. And the EC and the Federal Government have a responsibility for facilitating this by allowing all contesting parties equal access to state-owned broadcasting and media.

We are also of the view that innovative protocols are necessary in Sarawak due to the difficulties and peculiarities of our constituencies - many of which are geographically large and have sporadic and inconsistent telecommunication facilities and non-existent internet coverage.

We therefore make the following recommendations for the campaign period:

(i) That political gatherings or ceramahs be allowed. It is essential that the SOPs regulate that all attendees must adhere to social distancing, whether seated or standing. This applies to both urban and rural longhouse/ruai settings. Face-masks must be worn by all speakers and attendees.

(ii) For house-to-house visits and face-to-face leafleting, the number of campaigners allowed to be part of a group must be limited by the SOPs to three persons and they must not enter the house or the bilik of any longhouse. They must communicate outside the residence or in the Longhouse Ruai and be at least one metre away from the person(s) to whom they are speaking to. Needless to say, facemasks must be worn by all speakers and their listeners.

(iii) The EC has the power and can request that government-owned TV and radio broadcast companies (including Sarawak government-owned TVS) to provide designated broadcast slots over both radio and TV that is fair to all contesting parties and independents for party political broadcasts. Time allotted should be based on a fair and equitable formula but each broadcast must be no less than 5 minutes and no more than 15 minutes. These broadcasts must be aired over TV and radio at least twice a day during peak viewing hours. (Please see Appendix for further details of the proposal.)

(iv) Debates between potential Chief Minister candidates or party leaders need to be organised and telecast on state television and radio channels for at least twice – once after Nomination Day and another, two days before Polling Day.

(v) The EC and Federal Government needs to instruct private/independent broadcast media outlets to play a greater role during this election by organizing discussion panels for candidates from all parties where local issues are discussed and candidates’ views can be aired.

(vi) Telecommunication companies need to be instructed by the EC and the Federal Government to play a more constructive role by granting Sarawak registered handphone numbers unlimited data usage for the period of the election campaign to facilitate the sharing and receiving of campaign broadcasts by political party and candidates through online and social media platforms.

 

2. ABSENTEE VOTING FOR SARAWAKIAN VOTERS RESIDING IN WEST MSIA AND SABAH

We also demand that the EC enfranchise Sarawakian voters who live and work in Semenanjung and Sabah. The EC has a constitutional responsibility to make special voting arrangements for an estimated 250,000 disapora Anak Sarawak to vote towards the future of our state by:

(i) Allowing postal voting to be extended to these category of voters by a gazette pursuant to Regulation 3 (1)(e) of the Elections (Postal Voting) Regulations 2003 ; OR

(ii) Special Advance Voting; with pre-registration for purposes of entry on a separate voting roll and the setting up of at least ONE special polling centre in each state on Advance Voting Day for eligible and confirmed voters to walk in and vote in person after which the ballot box/bag can be sent back to the Sarawak constituency for safe-keeping and counting at the designated time on Polling Day.

If voters who live and work in Singapore and Brunei are now allowed by the EC to vote via postal voting as per the Melaka and forthcoming Sarawak elections, then voters residing in Semenanjung and Sabah should be accorded the same access by expanding the existing absentee voting methods to them. After all, Singapore and Brunei are as far away from parts of Sarawak as Semenanjung and Sabah are!!! Thus, not to allow Sarawak voters in Semenanjung and Sabah to vote via absentee voting is to deliberately disenfranchise Sarawak voters. This action flies in the face of the EC’s constitutional duty to facilitate voting by all eligible to vote and to manage elections in Malaysia.

It bears repeating that many Sarawakians migrate temporarily to Semenanjung to earn a living or get an education due to unequal development and lack of job opportunities in our home state. They therefore should not be penalized and forced to spend large amounts of hard-earned money for air-tickets just to fly across the South China Sea to get their right to vote. During this pandemic, it is even more imperative for the EC to extend such arrangements to enfranchise Sarawakians voters in Semenanjung and Sabah and to ensure credible turnout levels.

 

3. POSTAL VOTING FOR OVERSEAS SARAWAKIANS

We note with deep concern that despite the notice of postal voting being extended to overseas Sarawakians being published in the Federal Government Gazette on 8th November, the EC only announced and published this information in the media one week later on 16 November.

And yet, the application period for UNDI POS for this category closes on 24th November 2021!!
The EC also did not highlight the fact that voters residing in neighbouring Singapore and Brunei were now allowed to vote by post.

Was this delay and partial communication of information a genuine oversight by the EC or was it deliberately engineered?

We thus demand that the EC extend the time for online applications to be a postal voter for this category of Sarawakian voters to THREE (3) DAYS before Nomination Day. As this is an online application process, it should not be difficult for the EC to work towards this extension so as to enfranchise all eligible Sarawakian voters. Anything else is unacceptable to us.

We hope that the concerns and recommendations raised in our Memorandum will be considered by your good office in the spirit of making this very important event in our state a safe and inclusive election for all Sarawakians wherever they may be. Please do not hesitate to contact us for a further dialogue on the above.

 

Dated this 24th November 2021

This Memorandum is endorsed by the following organisations:
1. BERSIH SARAWAK
2. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
3. Undi Sarawak
4. Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak (TKHAS)
5. Save Rivers
6. Keep Green Movement (KGM) - People Associate Development Education Penan Sarawak (PADE)
7. Lawyer Kamek for Change (LK4C)
8. Purplelily Sosial Association Kuching (PURPLELILY)
9. Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS)
10. Dayak Think Tank Association Sarawak (DTTAS)
11. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial (PEMANGKIN)
12. SADIA Rimbas
13. SADIA Rajang
14. Sarawak Association for People's Aspiration (SAPA)
15. IKRAM Sarawak
16. ABIM Sarawak
17. Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

 

Appendix to Item 1(iii) above

The formula we suggest are:

a) Allocation of air-time for political parties and independent candidates be based on the number of candidates fielded, say 11 seconds per candidate. Hence, the total time allocated for a Party which fields candidates in all 82 seats would be 15 minutes and so forth.

b) freedom of expression to share and focus on the respective candidates and their Parties’ manifestos, policies and position on current issues concerning the people and country with the understanding to avoid defamatory and negative campaigning.

c) The order will be the party that fields the most candidates will go last, the least first. If there is a tie, lots will be drawn to decide the order.

 

d) Debate or dialogue between all potential Chief Ministers- only parties or coalitions contesting more 41 seats shall qualify. OR an amount of air-time deemed befitting for all leaders of the respective political parties to sum up their aspirations and plans for Sarawak for the benefit of the electorate and public.

Showing 1 reaction

Please check your e-mail for a link to activate your account.
  • Rose Sarawak
    published this page in News & Stories 2021-11-25 13:10:22 +0800