Kenyataan Media bersama ROSE dan CSO Platform for Reform (Bahagian Sarawak)

PELAJAR DALAM PERJALANAN PULANG MENGUNDI
Kenyataan Media bersama ROSE dan CSO Platform for Reform (Bahagian Sarawak)
**English version available below.

Pada 3 November 2022 yang lepas, Inisiatif Siswa Balik bersama ROSE dan CSO Platform for Reform telah melancarkan kempen #JuhBalitNgundi dengan harapan untuk menghantar sebanyak mana yang mungkin pelajar dari Sarawak untuk pulang ke rumah dan mengundi pada kali pertama dalam PRU15 ini. Dana yang dikumpulkan mempunyai sasaran sebanyak RM50,000 dan ingin membantu sebanyak 300 pelajar pulang dan melunaskan tanggungjawab pada tanah air.

Dengan bantuan Rakyat Malaysia, termasuklah warga Wilayah Sarawak, kami berjaya mengumpul dana sebanyak RM42,072.51 dan dana ini mengizinkan kami menyalurkan bantuan kepada 237 pelajar yang memerlukan. Kami berterima kasih kepada semua penaja dan penderma yang telah membantu kami menyatakan kempen ini dengan jayanya. Tanpa bantuan yang diberikan, tentunya kami tidak dapat menjayakan kempen ini. Usaha dan sokongan murni anda semua telah memberikan kami semangat untuk menjalankan kempen ini dengan jitu sekali.

 

Namun, usaha yang kami ambil ini sebenarnya sesuatu yang tidak perlu kami tunaikan andai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dalam hal-hal akses terangkum dalam tatacara pengundian. Ini adalah tanggungjawab kerajaan dalam membantu memudahkan Rakyat yang berada jauh di kampung halaman untuk mengundi, bukan kami.

Kami telah menerima jumlah permohonan yang banyak untuk kempen ini, tetapi kami terpaksa memilih berdasarkan keutamaan pelajar untuk menyalurkan dana diberikan secara cekap. Sudah tentu, jumlah pelajar yang kami terpaksa tolak akan merugikan negara kita undi mereka. Pengumpulan dana adalah penyelesaian yang sementara. Maka, sekali lagi kami memanggil kerajaan, khususnya SPR untuk melaksanakan tugas hakiki mereka. Kami mendesak agar pelajar diberikan prasarana yang sesuai atau hak untuk mengundi secara pos, sekurang-kurangnya kebolehan
untuk mengundi di IPT/IPTS mereka sendiri andai mereka menuntut pelajaran jauh dari kampung halaman. Kami percaya hal ini tidak mustahil, dan bukan sebuah alasan untuk menidakkan hak Rakyat untuk akses terangkum dalam tatacara mengundi.

 

Oleh kerana PRU akan datang dalam masa yang terdekat, kami juga memanggil semua calon yang bertanding di Sarawak untuk mengutamakan agenda ini. Jika tidak manifesto untuk kebebasan Sarawak berdasarkan MA63 kalian hanyalah manifesto untuk memenangkan cita-cita politik sendiri. Bagaimana anak muda Sarawak boleh menyuarakan hasrat atau impian mereka kalau mereka kekal disisihkan dalam gelanggang politik tanah air?

 

AKHIR KENYATAAN
Tarikh 17 November 2022.
Perhubungan Media;
Luqman Al-Hakim: 011-26900074
Ann Teo: 016-8604998

**English Version

STUDENTS ON WAY HOME TO VOTE!

Joint Press Statement with ROSE and CSO Platform for Reform (Sarawak Chapter)

On the 3rd of November 2022, Siswa Balik Initiative along with ROSE and CSO Platform for Reform launched the #JuhBalitNgundi campaign in a bid to send as many local Sarawakian students studying away from their hometowns/villages, home to vote for the very first time this GE15. The funds was crowdfunded and the target was to raise RM50,000 to help around 300 students to go back home and fulfil their civic duty.

With the help of the people of Malaysia including many Sarawakians, we managed to raise a total of RM42,072.51 and this has enabled us to provide transport aid/subsidy for a total of 237 students to get home. We thank each and every one of our generous donors and contributors for making the campaign a success as without these funds we would not have been able to undertake this programme. Your noble act and moral support for our programme has greatly encouraged our team of organizers and volunteers.

Having said that we are of the view that our hard efforts and “pain” that we had undertaken would not be necessary if only the government had cared enough to enable and facilitate access to voting for the students who studies far away from their voting station or in another state of Malaysia.

We had received a substantial number of application for this campaign but we have had to put aside or turn away some of these applications as we needed to allocate in the best way possible the amount that was crowdfunded. This will surely cost this nation their vote. Crowd funding are only a temporary solution to this problem. Hence, we once again call the government, especially the Election Commission to step in and provide a permanent solution. We demand for students to be given the facility and the right to vote by post or alternatively, vote in advance from their respective IPTA or IPTS if they are studying away from their home state or their hometowns. We believe that our demand is not in the realm of impossibility, and even if it is, it is not an excuse to deny the right of our people to vote. Strategies to empower youths including giving them the right to vote will be just mere talk if such right cannot be accessed.

As it is election time, we also call on all Sarawakian election candidates from all the parties to put this matter on their agenda or manifesto failing which all talk of fighting for Sarawak autonomy would just remain talk. How do Sarawakian youths find their voice if they continue to be disenfranchised as in the present circumstances?

 

END STATEMENT
Dated 17th November 2022.
Media contact persons;
Luqman Al-Hakim: 011-26900074
Ann Teo: 016-8604998

Showing 1 reaction

Please check your e-mail for a link to activate your account.
  • Rose Sarawak
    published this page in News & Stories 2022-11-17 19:43:27 +0800