N8 Satok

siapatok_n8satok_pkr_mohdsalleh.png

Full Name : Mohamed Salleh bin Shawkatali

DOB : 4 March 1981

Highest Educational Qualification : STPM

Political Party : PKR

Why did you decide to enter politics?

Tujuan saya menyertai politik adalah kerana minat yang mendalam dan ingin membantu anak bangsa. Bagi saya politik akan menentukan hala tuju sesebuah negara.

What is the fondest memory you have of your childhood?

Saya bebas bermain di luar tanpa perlu bimbingan orang tua. Ibu bapa saya juga tidak risau kerana masalah jenayah tidak membimbangkan. Saya juga bebas mandi di sungai kerana masih bersih dan tidak tercemar.

If you are elected as our ADUN, which is the biggest issue that you would like to tackle first in YOUR constituency and how would you do it?

Isu pengangguran anak muda/ ekonomi generasi muda. Satok merupakan pusat bandar dan pusat perniagaan tetapi majoriti ekonomi anak muda berada di bawah paras kemiskinan. Saya ingin lebih banyak anak muda yang menceburkan diri dalam perniagaan. Memastikan setiap anak muda mempunyai peluang kerja atau perniagaan sendiri.

What is your favourite Sarawakian food or drink?

Mee Jawa & hot Honey Lemon

Describe the Sarawak you want to see in 10 years.

Harapan saya agar Sarawak dalam 10 tahun akan datang akan menjadi sebuah negeri yang pesat membangun sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial. Rakyat sarawak menikmati bekalan air paip bersih dan mempunyai elektrik di setiap rumah. Saya juga berharap agar jalan di setiap kampung/rumah panjang sudah berturap.

Is there anything else you want to say to young voters?

Saya ingin mengajak anak muda yang sudah layak mengundi untuk keluar mengundi dan lakukan perubahan. Jangan takut untuk bersuara di tanah air sendiri kerana kita dan anak cucu kita yang bakal mewarisi kepimpinan negeri/negara satu masa nanti. Ketahuilah hak hak kita sebagai pengundi.

Be the first to comment

Please check your e-mail for a link to activate your account.