N42 Semop

siapatok_n42semop_amanah_mohdfadillah.png

Full Name : Mohamad Fadillah bin Sabali

DOB : 5 Mac 1981

Highest Educational Qualification : Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Aeronautikal

Political Party : Parti Amanah Negara

 

Why did you decide to enter politics?

Ketidakadilan dan penguasaan yang bersifat diktator kepada rakyat sedangkan rakyat mempunyai hak sebagai warganegara walaupun berbeza ideologi politik. Rakyat perlu dibantu dan dipimpin oleh pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah.

 

What is the fondest memory you have of your childhood?

Berpeluang menuntut ilmu di SMK Agama Sibu yang mempertemukan barisan guru yang dihormati dan kawan-kawan yang mencorakkan pengalaman hidup yang sangat berharga.

 

If you are elected as our ADUN, which is the biggest issue that you would like to tackle first in YOUR constituency and how would you do it?

Pendidikan. Pendidikan yang dimaksudkan bukan hanya pendidikan formal tetapi pendidikan sepanjang hayat dan dilalui setiap hari oleh setiap orang. Perkara ini termasuklah pendidikan spiritual, kemahiran peribadi, pengawalan diri, membina hubungan sosial dan sebagainya. Saya percaya, setiap individu yang berpendidikan akan mampu membangunkan masyarakat yang sejahtera dan maju dari segi infrastruktur kerana kemampuan dan keupayaan tidak disandarkan kepada pihak lain. Hal ini dapat dicapai melalui program penyampaian dan pelaksanaan yang sistematik dan berterusan dengan kerjasama semua pihak.

 

What is your favourite Sarawakian food or drink?

Linut

 

Describe the Sarawak you want to see in 10 years.

Dengan perubahan yang dibawa oleh generasi muda, saya percaya negeri Sarawak dalam 10 tahun lagi akan mampu bersaing dengan negeri lain dalam Malaysia dalam semua aspek terutamanya ekonomi. Selain itu, negeri ini kekal harmoni dengan kepelbagaian kaum dan agama serta ideologi politik.

 

Is there anything else you want to say to young voters?

Pengundi muda perlu turun membuang undi tanpa dipengaruhi oleh ugutan atau ancaman akan mengalami kemunduran atau perpecahan yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mengundilah dengan melihat kemampuan individu untuk menjadi wakil suara rakyat dan kesediaannya untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Dan bukan sekadar mengundi logo semata-mata.

 

Be the first to comment

Please check your e-mail for a link to activate your account.