Forum Rakyat "GST & PERIUK NASI KITAK": Memahami apa yang kita diberitahui oleh pemimpin kita.
Satu kaji selidik yang telah dijalankan baru-baru ini ke atas 4,468 responden mendapati bahawa kebanyakan rakyat (82%) percaya bahawa kenaikan kos sara hidup pada masa sekarang adalah disebabkan oleh pelaksanaan GST.
Jika anda pernah cuba untuk membuat beberapa perbandingan antara apa yang biasanya dilaporkan tentang kondisi ekonomi Malaysia contohnya KDNK pada 5.9% pada Q4 2017 dan ramalan positif lain dengan apa yang dialami oleh anda sebagai rakyat biasa; terasa dengan kenaikan kos barangan dan perkhidmatan, pengangkutan dan perumahan, kami menjemput anda untuk hadir dalam forum akan datang.
Forum ini dianjurkan oleh Rise of Sarawak Efforts (ROSE) akan diadakan pada Sabtu 3hb Mac 2018 pada 7.15 petang di Hotel Grand Continental, Jalan Ban Hock, Kuching. Forum ini akan dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.
Kami telah mengundang dua individu yang merupakan pakar ekonomi terkenal iaitu Dr Muhammed Abdul Khalid dan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin sebagai panel forum tersebut.
Dr Muhammed kini merupakan ketua penyelidik dasar sosio-ekonomi dan perunding di Kuala Lumpur serta telah menulis beberapa buah buku. Salah satu daripada tulisan beliau yang dikenali ialah “Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia” (English Version: The Color of Inequality; Ethnicity, Class Income and Wealth in Malaysia). Beliau digelar pakar ekonomi yang berjiwa rakyat. Dia juga terkenal dengan cara penyampaian dan berkomunikasi beliau dalam bahasa yang mudah difahami ketika menyatakan pandangan beliau sebagai seorang pakar. Beliau tidak asing dalam perbincangan awam dan forum malah pandangan beliau untuk pra-bajet 2018 pernah menjadi viral pada sekitar Oktober 2017.
Saudara Azrul Azwar Ahmad Tajuddin pula adalah seorang pakar ekonomi dan mempunyai pengalaman hampir 2 dekad dalam sektor kewangan, dasar-dasar awam, perancangan strategik dan pelaburan. Beliau juga pernah menjadi pegawai khas atau penasihat kepada Menteri Besar Selangor. Sekarang ini beliau menjalankan perundingan dan kerja-kerja penyelidikan untuk pelbagai pelanggan dari institusi kewangan, agensi kerajaan, NGO dan pusat pemikir atau think-tanks.
Kedua-dua ahli panel akan cuba untuk merungkai dan memberi penerangan tentang persoalan yang sering timbul di kalangan masyarakat tentang topik yang berkaitan dengan ekonomi Malaysia, kebajikan dan kekayaan rakyat dengan penekanan kepada perspektif anak muda berkerja di Malaysia. Kami mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan oleh semua peringkat umur atau orang ramai.
Melalui perbincangan ini dan perkongsian pengetahuan serta maklumat khususnya dasar awam dan tindakan kerajaan yang memberi kesan kepada rakyat dan kehidupan mereka (secara langsung atau tidak langsung), ROSE berharap ianya akan mewujudkan kesedaran di kalangan pengundi dan rakyat tentang keadaan kehidupan seharian kita dan realiti berkait rapat dengan apa jua perlaksanaan dasar yang dilaksanakan kerajaan. Seterusnya, sebagai rakyat dan anggota masyarakat sivil, penyertaan sebagai pengundi dalam pilihan raya adalah tindakan dan penglibatan yang minima dan penting sekali.
Forum ini adalah forum pertama dalam siri forum pra-pilihanraya umum yang telah dirancang. Ia dianjurkan atas kerjasama antara NGO lain dan masyarakat awam khususnya LAWYER KAMEK FOR CHANGE, IKRAM dan lain-lain.
Jawatankuasa Penganjur Forum menyeru semua orang awam untuk hadir. Ia adalah percuma untuk peserta dan para hadiran.
27hb Feb 2018
END
Orang hubungan media: Ann Teo 016-8604998
Be the first to comment
Sign in with
Facebook Twitter