Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE) akan membuka kaunter pendaftaran pengundi baharu di Matang Mall, Matang pada Sabtu & Ahad ini -29 Februari dan 1 Mac 2020. Kaunter akan dibuka dari jam 11 pagi sehingga 7 malam. Orang ramai yang berusia 21 tahun dan keatas dijemput untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi baharu pada masa dan hari tersebut.
Di tengah-tengah kehilangan kuasa kerajaan PH dan situasi yang membingungkan dalam usaha membentuk kerajaan baru hujung minggu lalu, dan perletakan jawatan oleh Perdana Menteri, rakyat biasa dan pengundi pasti merasakan bahawa undi mereka pada PRU yang lepas adalah sia-sia.
Walau bagaimanapun, kami ingin anda memberikan pertimbangan kepadabeberapa hal yang penting.
Walauapa pun yang berlaku, ROSE ingin mengingatkan orang ramai bahawa rakyatlah yang memilih ahli politik untuk memerintah negara kita. Seterusnya, ahli politik akan bekerja untuk rakyat dengan membentuk polisi atau dasar yang boleh memajukan negara kita. Oleh itu, kita berhak untuk diperintah oleh ahli politik atau pemimpin yang benar-benar ingin berbakti untuk negara kita dan bukannya untuk kuasa semata-mata.
Ya, kita rakyat, sememangnya berhak untuk memilih kerajaan menerusi sistem demokrasi parlimen. Ingin ROSE tegaskan bahawa hak dan keistimewaan ini akan kekal dimiliki oleh rakyat walau apa yang berlaku.
Oleh itu, adalah penting untuk rakyat melibatkan diri dalam proses pengundian bagi memastikan sistem demokrasi negara kita berfungsi. Selain itu kita boleh bersuara, menulis dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang aman untuk membuat pandangan kita diketahui terutamanya oleh wakil rakyat kita tanpa mengira sama ada mereka berada dalam kerajaan atau tidak.
Kami mahukan sebuah kerajaan berkelas dunia yang mampu memberikan hasil terbaik kepada rakyat.
Akhir sekali, ingat ini. Jika kita meninggalkan kapal, tikus akan mewarisi kapal itu. Marilah kita menggunakan hak demokratik kita setiap hari untuk demi mencapai standard yang lebih tinggi dalam politik dan tadbir urus negara kita.
Jika anda percaya bahawa anak-anak anda dan rakyat Malaysia berhak untuk mendapat pemimpin dan kerajaan yang baik, sila datang dan daftarkan diri anda sebagai pengundi di kaunter daftar undi kami di Matang Mall pada hujung minggu ini.
Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut, boleh hubungi 014-398 4998
Dated 27th Feb 2020
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat.
Showing 1 reaction
Sign in with
Facebook Twitter