Soalan Lazim Berkaitan dengan Pendaftaran Undi dan Pilihan Raya - Rise Of Social Efforts

 

1. Siapa yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi?

Mana-mana individu yang berusia 21 tahun dan keatas serta warganegara Malaysia layak mendaftarkan diri sebagai pengundi.

 

2. Parlimen sudahpun meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan pendaftaran undi secara automatik dan menurunkan usia kelayakan mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun, kenapa kami masih perlu mendaftarkan diri sebagai pengundi lagi?

Meskipun pindaan perlembagaan untuk Undi 18 dan pendaftaran automatik sudah diluluskan di parlimen, Undi 18 dan pendaftaran automatik hanya dapat dilaksanakan pada Julai 2021. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi secepat mungkin untuk mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

 

3. Bagaimana jika saya hendak menukar tempat mengundi?

Pertama, tukar alamat pada kad pengenalan anda ke alamat baru di Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu. Selepas itu, pergi ke Pejabat SPR di Bangunan Sultan Iskandar atau mana-mana cawangan Pejabat Pos di seluruh negara untuk memohon pertukaran tempat mengundi. 

 

4. Dimana saya boleh mendaftarkan diri sebagai pengundi baharu?

  • Mana-mana Pejabat atau cawangan Suruhanjaya Pilihan Raya di seluruh negara.
  • Mana-mana cawangan Pejabat Pos berkomputer di seluruh negara.
  • Pendaftaran pengundi baharu secara online (Klik sini).
  • Melalui Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik oleh SPR. 
  • Kaunter bergerak Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Klik sini untuk ketahui dimana kami buka kaunter kami).

 

5. Berapa lama permohonan saya sebagai pengundi akan diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya?

SPR akan mengambil masa selama 4 atau 6 bulan untuk proses permohonan anda. Ini kerana proses pendaftaran pengundi baharu mengikut suku tahun. Sebagai contoh, permohonan yang dihantar ke SPR pada bulan Januari (Suku pertama) hanya akan diluluskan pada suku kedua (April). SPR juga kena mempaparkan permohonan anda di tempat awam tertentu mengikut undang-undang, sebelum nama anda dimasukan di dalam rang daftar pemilih. Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda mendaftarkan diri sebagai pengundi dengan secepat mungkin.

 

6. Bilakah Pilihan Raya Sarawak ke-12 akan diadakan?

Kami tidak mempunyai jawapan tersebut kerana Ketua Menteri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri bila-bila masa dan mengadakan pilihan raya. Jadi, daftarlah segera untuk mengundi pada pilihan raya akan datang.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan proses pendaftaran pengundi baharu atau mana-mana maklumat berkenaan proses pengundian, anda poleh melayari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (Klik sini) atau bertanya terus kepada kami dengan meninggalkan pertanyaan anda di ruang komen dibawah.

 

"Undi Kita Penentu Masa Depan Anda dan Anak Anda"

Kemaskini pada 9 Jun 2020

Showing 1 reaction

Please check your e-mail for a link to activate your account.
  • Rose Sarawak
    published this page 2020-06-09 10:45:19 +0800